Abang Belon Empire ialah syarikat yang berpengalaman dalam bidang dekorasi belon dan kejutan acara sejak tahun 2015. Kami menyediakan perkhidmatan dekorasi majlis dan juga kelas latihan dekorasi belon di seluruh Malaysia. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti, kreatif dan mesra pelanggan.
Abang Belon Empire dengan kerjasama CEM, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kelas Dekorasi Belon, yang merupakan satu-satunya program seumpamanya di Malaysia yang menerima pengiktirafan rasmi daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
Kerjasama strategik ini membuktikan komitmen Abang Belon Empire dalam menyediakan latihan berkualiti tinggi dan diiktiraf dalam bidang seni dekorasi belon.
Abang Belon Empire telah berjaya menganjurkan lebih daripada 60 sesi kelas dekorasi belon di pelbagai lokasi strategik di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei & Singapura.
Kelas-kelas ini telah diadakan di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bahru, Melaka, Penang, Kota Bharu, Perlis, Kota Kinabalu, serta beberapa lokasi lain termasuk Kerjasama anjuran JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) seperti program KKJP dan Quick Win.
Abang Belon Empire turut menerima liputan positif melalui pelbagai saluran media sosial dan jemputan khas di program televisyen tempatan.
Antara pencapaian yang membanggakan termasuk paparan aktiviti dekorasi belon di platform media sosial berpengaruh Antarabangsa, Instagram dan Facebook, yang telah berjaya meraih ribuan tontonan dan interaksi.
Selain itu, Abang Belon Empire dijemput untuk berkongsi kepakaran dalam segmen keusahawanan dan seni kreatif di beberapa rancangan TV tempatan, antaranya di dalam rancangan NONA TV3 dan Borak Seeni di ASTRO, Utusan Malaysia, Bernama, Free Malaysia Today sekaligus mengukuhkan kredibiliti syarikat sebagai peneraju dalam industri dekorasi belon di Malaysia.